FOLLOWERS GIGIH

HARTA KARUN AHMAD ALBAB

Monday, January 10, 2011

Dah bape kurun tinggalkan AJL. Baru malam tadi ada nafsu nak tengok semula. Ibarat mengimbas nostalgia masa muda-muda.

Assalamualaikum!

Sejak aku duduk kat UiTM di jantungku ni, tiap kali ada AJL confirm aku tak layan. 
Berbeza giler waktu muda-muda (sekarang pun aku masih muda!!) dulu duduk kat rumah. TV tu dah kira bestfriend sehidup semati aku dah.
Pantang dengra pasal AJL, 3 hari sebelum tu aku dah tercongok standby awal-awal depan TV.
HAHAHAHA

Sekarang ni, kalau dengar AJL dah tak ada nafsu. Bukan apa, bila duduk kolej ni, semua benda kena kongsi.
Itu lumrah lah wei. Tapi, tak bagi aku. Aku boleh kongsi apa aja tapi bukan TV and laki aku. HAHAHAHA lagik.

Kau orang bayangkan lah kalau dah 3000 orang duduk satu kolej and semua nak tengok AJL kat bilik TV yang ada 4 aja. Tu pun belum tentu semua berfungsi. Tak ke macam sardin kena penyek dengan gajah bilik TV tu. Aku ingat lagi AJL awal tahun 2008 dulu. Time tu, kolej aku blackout sehari suntuk. Dengar cerita pukul 6.00 petang dah okey. Pulak tu malam tu ada AJL. Apa lagi, mengamuk sakan budak-budak kolej time tu. Pastu dah okey around pukul 10.00 malam. Tapi, AJL dah start lah. Bila aja lampu tiba-tiba jadik terang benderang, berdesup budak-budak ni pergi lari ke bilik TV. Mak ai,, cuba kalau pergi Forum perdana macam tu. HEHEHEHEHE

Malam tadi bila aku dapat tau AJL boleh tengok online, pukul 8.00 malam aku dah standby depan laptop. MUAHAHAHA.. kali ni aku boleh tengok sorang-sorang tanpa perlu kongsi dengan makhluk bernama wanita yang lain. Kau tau ajalah kalau perempuan tengok TV ramai-ramai apa jadik. Bingit seh. Baik-baik feeling nak tengok, terus tak ada nafsu.


Screen shot 2011 01 09 at 3.29.35 PM Keputusan Anugerah Juara Lagu 25, Ana Raffali Juara!



Syok jugak AJL malam tadi. Kagum seketika. Kagum dengan persembahan Faizal Tahir masa perform lagu Hanyut. Pergh!!!!!!!!! Terbaekkk dari ladang wa cakap lu!!!!!!!

Tapi, ada satu yang aku betul-betul nak tau. Faizal Tahir tu betul-betul terjun dalam air ke? Or benda tu dah di record and display kat screen bawah 'sangkar' tu.?? Sempat pula dia orang letak bergelen-gelen air kat bawah tu kan. Betul aku macam musykil sikit.





 (Undian) Kemenangan Ana Raffali Di AJL 25 Penuh Kontroversi

Credit picture tu OhBulan!



Semua orang tak sangka Ana Rafali menang. Masa si Sheryll Samad announce penyanyi, penulis lirik orang yang sama, aku ingatkan Yuna yang menang. Tapi, lagu Ana Rafali memang sedap pun. Cuma aku tak paham bila boleh wujud fanpage kat facebook 'Kami tidak bersetuju Ana Raffali menang AJL 25' Rilek la woi...




Inilah orang Melayu. Busuk hati sungguh, Biarlah dia nak menang ke hapa ke. Dah jadi adatlah tu. Rezeki masing-masing. Yang hang dok busuk hati macam tapai basi tu kenapa? Hang tak puas hati ka sebab hang tak dapat masuk AJL. Nasihat aku tahun depan kau pergilah masuk AJL lepas tu nyanyi lagu Anak Itik Tokwi. Banyak bunyi sangat!!!


p/s : kenapa aku sangat marah??? padahal Ana Rafali bukan kakak aku pun. Tapi, betullah. Sebagai seorang muslim, kalau kita tak suka pun jangan lah sampai tunjuk macam ni. Cuba imagine kalau Ana Rafali tu kakak kau orang, mesti kau orang pun rasa marah, sakit hati, kecik hati bila dapat tahu ada orang benci kakak kau orang kan. Aku pun terkejut jugak bila Ana Rafali yang menang, tapi taklah sampai tergamak nak condemn orang tu balik. Mungkin kita kena beringat sikit. Hari ni kalau kita benci orang, esok lusa orang akan benci kita pulak. Betul kan? Kita mana boleh predict apa akan jadi lepas ni. So, terimalah dengan redha dan hati yang terbuka


PEACE!!!




(^_______^)



4 comments:

  1. oh,i like ana raffali ! da rezeki die kot,kenape smapai buat fan page nk boikot.haishh ~

    ReplyDelete
  2. ish2..cm neh pown ade..sape la yg yg wt pge 2..

    ReplyDelete

Cicakman, kluangman, spiderman, superman
Dah bace jemputlah bagi comment