FOLLOWERS GIGIH

HARTA KARUN AHMAD ALBAB

Sunday, February 20, 2011

Basic Tips: "10 minutes-10 step makeover" (PART 1)

Assalamualaikum

Hari tu Cik Yan dah janji nak bagitau pasal "10 minutes-10 step makeover" kan. Okeyh, hari ni aku rajin nak update and bagitau kat hangpa semua. Tapi mintak maaplah sebab terlambat sikit. Eh, bukan sikit. Macam banyak je. Terlalu banyak komitmen seh. HAHAHAHA

Tutorial ni diajar oleh PN MURSYIDAH SAID time aku pergi modul haritu. korang kenal ke Mursyidah Said?? Mula-mula aku pon tak kenal. Tapi, after that, baru aku realize yang dia ni quite famous jugak sebab selalu dipanggil dalam TV3 and TV2.


So, rasa eksaited tak nak tau pasal tutorial ni?? Siapa yang eksaited sila angkat ibu jari masing-masing.

SAYA!SAYA!SAYA!

okeyh, memang aku sorang yang tereksaited and terover sendiri!

Sekarang sila lah salin barang-barang yang diperlukan:
- Muka korang atau muka kawan korang secukup rasa
- Barang-barang makeup yang bersesuaian dengan kulit kau orang. kalau rasa tak cukup boleh rembat pinjam roommate anda punye. Tapi, pastikan mintak izin dulu ye!!


First of all, kau orang kena tahu muka kau orang ni spesis type ape dulu. Either cool or warm colour. Masa dalam talk ni, Pn Mursyidah ada bagi pinjam dia punye card untuk both colour ni. Tapi, disebabkan aku dok belakang sekali, maka aku tak dapatlah nak cuba. Padan muka aku kan!!




Tapi, jangan risau. Kau orang boleh identify jenis kulit muka kau orang melalui warna-warna yang kat bawah ni. Sometimes, kulit muka anda boleh jadi both type tapi tengok mana yang lagi sesuai. Kalau orang cakap anda nampak berseri-seri bila pakai colour merah, it means that you're in a warm type. Kalau rasa purple buat anda nampak anggun gitu, means that you're in cool type.



Kadang-kadang kita tak dapat nak tengok the best colour suites with our skin. So, bila dah rasa susah sangat nak decide tu, bolehlah mintak bantuan kawan-kawan pastu upah lah 20 sen ke. Nak tahu lebih lanjut pasal cool adn warm type ni boleh baca kat sini.



SEKARANG MASA YANG DITUNGGU-TUNGGU

Sudah bersediakah anda?? Lagi sekali diingatkan, tutorial ni cuma basic makeover. Tak berapa sesuai kalau nak buat untuk modelling ke atau pun buat pertunjukkan opera cina yang memerlukan make up yang setebal lapanbelas inci.


1) Foundation


Foundation adalah benda yang paling wajib untuk diapply kat muka mula-mula sekali.  Benda yang paling wajib tengok masa beli foundation adalah dia punye SPF. Setiap jenis kulit berbeza dari segi SPF yang diperlukan. Sun Protection Factor atau SPF dalam sunscreen kita menunjukkan jangka masa yang boleh kita terdedah di bawah sinar matahari tanpa terbakar berdasarkan warna kulit kita dan tempoh untuk kita terdedah kepada sinaran matahari. Warna kulit individu memerlukan kadar SPF yang berbeza samada SPF 4, SPF 15, SPF 30, SPF 45 dan banyak lagi. Semakin cerah kulit seseorang, semakin tinggi kadar SPF yang diperlukan. So, macam mana nak tentukan kadar SPF? 

Sunscreen yang mengandungi SPF 15, ambil masa 20 minit dedahkan kulit anda kepada sinaran cahaya matahari tanpa menyapu sunscreen tersebut.
Formula SPF: SPF ? x Minit yang terdedah kepada sinaran
Contoh: SPF 15 x 20 minit = 300 minit (5 jam)
Ini bermakna, jika kita memakai sunscreen yang mengandungi SPF 15, ia dapat melindungi kulit kita dari sinaran UVB yang merbahaya untuk perlindungan selama 5 jam.

Di bawah ni adalah jadual perbezaan yang ditunjukkan bagi keperluan SPF mengikut warna kulit yang berbeza dan berapa lama untuk kita terdedah kepada sinaran matahari. Tapi, pengiraan ni bukanlah tepat sebab Cik Yan pun tahu dari Internet. So, its much more better kalau kau orang rujuk pada orang yang lebih pakar.

2) Concealer

Concealer adalah alat  solek yang digunakan untuk menyamarkan noda atau bahagian yang kelihatan kurang sempurna pada wajah. Concealer dapat menutupi mata bengkak, lingkaran hitam bawah mata dan sebarang bintik hitam atau parut pada wajah. Produk ini diaplikasikan sebelum sapuan bedak alas untuk menghindarikesan lapisan lain yang lebih tebal pada bahagian-bahagian tertentu. Concealer tidak semestinya sisapu dengan tebal. Rahsia penggunaannya ialah pemilihan warna concealer yang tepat dan cara penyapuannya di wajah.

Warna-warna concealer dan penggunaannya:

Concealer Warna Beige


  • Menutupi noda secara ringan.
  • Mengurangkan garis-garis lembut cii wajah.
  • Menutupi jerawat.

Concealer Warna Coklat (Brown)
  • Menutupi jerawat yang besar.

Concealer Ungu (Purple)
  • Mencerahkan wajah yang kelihatan kusam.
  • Pemakaiannya harus berhati-hati dan senipis mungkin.

Concealer Kuning (Yellow)
  • Menutupi Iingkarari hitam cli bawah mata.
  • Menutupi bintik-bintik hitam pada pipi.

Concealer Hijau (Green)
  • Menyamai-kan bintik-bjntjk merah pada kulit.

Jenis-jenis concealer untuk kulit muka anda:


1) Liquid Concealer (cecair)
- Sesuai untuk semua jenis kulit.
- Diapplikasikan denggan menggunakan span atau berus.
- Berperanan untuk menutupi garis lengkung hitan di bawah mata.


2) Pencil Concealer
- Sesuai untuk menutupi bintik-bintik hitam atau jerawat pada kulit berminyak.
- Teksturnya kering berbanding jenis cecair.



3) Cream Concealer
- Kurang sesuai untuk kulit jenis berminyak.
- Berbentu 'stick' atau padat.
- Berperanan untuk menutupi bintik-bintik hitam yang jelas dan lebar.




3) Loose powder/ bedak tabur



Fungsi looese powder adalah untuk menyatukan foundation adn concealer supaya pori-pori kulit muka anda nampak lebih kecil. Actually kau orang boleh pilik either nak guna loose powder atau compact powder. Tapi sebenarnya adalah disarankan untuk menggunakan loose powder sebab make-up akan tahan lebih lama. Compact powder lebih sesuai digunakan time nak touch-up make up sebab compact powder berfungsi untuk effect yang lebih rapi dan kemasan pada muka.




4) Eyebrow pencil




Tak payah nak cukur kening untuk menampakkan kening yang cantik. Lagi satu kena ingat hukum mencabut atau mencukur kening adalah haram. Ada antara kita yang mempunyai kening yang berterabur and sebenarnya it's not a big deal as long as kau orang pandai gunakan eyebrow pencil and pandai bentukkan kening sendiri. 

Tips untuk apply eyebrow pencil: JANGAN APPLY DIRECTLY PADA KENING ANDA. Sebab nanti nampak macam ada satu line kat kening and nampak tak natural. So, the best way adalah by using eyebrow brush. Gosokkan brush pada eyebrow pencil perlahan-lahan and then apply kat kening. Cara ni nampak lebih natural and kening pun nampak lebih kemas.



5) Eyeshadow


Eyeshadow atau perona mata berfungsi untuk membuatkan mata anda nampak lebih cerah dan attractive. Eyeshadow perlu diguna dengan betul mengikut bentuk mata supaya mata nampak lebih galak dan cantik.  

Penggunaan eyeshadow berwarna terang boleh memberi effect mata yang besar dan bulat. Elakkan penggunaan berwarna gelap sebab ia akan membuatkan effect mata nampak lebih mengecil.

Cara penggunaan eyeshadow:

Pilih 2 tone warna yang berbeza. Light colour and dark colour. Apply eyeshadow yang berwarna terah/light colour pada seluruh kelopak mata sehingga bawah kening mata. Kemudian, guna dark colour untuk apply pada sudut luar mata. Baurkan ke dalam sehingga separuh dari kelopak mata.









Nantikan tips 6 -10 di Part II
To be continue.......





5 comments:

  1. dah lama xmekap.huhu.thx for the tips !

    ReplyDelete
  2. @Azie Azra

    hehe..
    dlm hidup kite mesti satu hari nanti kene make up
    time kawen..hehehe


    ur welcome..=)

    ReplyDelete

Cicakman, kluangman, spiderman, superman
Dah bace jemputlah bagi comment