FOLLOWERS GIGIH

HARTA KARUN AHMAD ALBAB

Wednesday, February 23, 2011

Honeymoon di IKEA. Reason : free dan tak perlu bayar.



Last week iaitu bersamaan dengan minggu lepas, saya telah menghabiskan masa berdating dengan Encik Koibito
Tahniah Cik Yan!!!
Di saat orang lain sedang berhempas pulas + hampir pitam disebabkan simptom-simptom common test yang sedang bermaharajalela, kau masih mampu membawa diri berdating tanpa membawa satu bentuk nota pun!!


Memang aku boleh dapat award pelajar paling otai!!








Encik Koibito datang membawa bersama segerombolan coursematenya yang seramai 80 orang tu.
Tapi jangan salah sangka
Tidak mungkinlah saya berdating dengan mereka semua yang seramai 80 orang tu!
Saya hanya berdating dengan Encik Koibito seorang sahaja


Dalam erti kata lain. "Saya setia dan saya bukan playgirl"


PPPAAANNGGG SEKALI!!!!!












Aku suka bangat pergi IKEA. Tahap 'kecintaan' aku pada IKEA melebih pada AEKI (ok, tipu!!sendiri buat. Saya memang ada bab kelentong yang super duper superb!)


Walaupun Encik Koibito tak suka, tapi saya tetap duduk dalam kereta dan menunjukkan arah ke IKEA.
Sebab bukan saya yang drive maka saya yang perlu menunjuk jalan. 
HAHAHAHAHA




Nampak tak betapa queen qontrolnya saya kan??












Sangat geram melihat panorama IKEA..
WAHHHHHHH!!! (sedang membuat sound effect + muka penuh keterujaan)
Gaya over seolah-olah IKEA tu macam panorama di sebuah tasik @ taman bunga aja!
Padahal hanya lah sebuah shopping mall yang jual furniture!!!






Sebab kami belum pun kearah mahu mendirikan rumah banglo 15 tingkat masjid, maka kami hanya mampu bersiar-siar sahaja di dalam IKEA sambil pura-pura mencatat senarai barang yang ingin dibeli padahal dalam wallet hanya ada singgit empatpuloh sen!











tengok..tengok..
Encik Koibito pura-pura menulis set sofa yang dia inginkan.

"Tapi saya tak mahu yang ini!!" kata si Queen control




Si queen control terpaksa jugak mengalah untuk bergambar di set sofa idaman Encik Koibito





Lepas tu kami ke bahagian meja tulis. Encik Koibito dan si queen control ada pilihan masing-masing. 
Itu semestinya! Budak akaun mana boleh semeja dengan budak engineering!


Silap-silap aku terpaksa guna meja dia jugak sebab penuh dengan kalkulator, buku tunai, lejer dan jurnal sahaja. Itu belum lagi sebotol air penerang hati in case kalau account tak balance, boleh teros tonggak air mintak petunjuk!




HAHAHAHAHA
Meja Encik Koibito penuh gambar itik
Tak menunjukkan ciri-ciri meja seorang budak engineering




Sila lihat meja budak akaun
Penuh dengan kewibawaan dan kesusilaan bukan?


DUSHHHHH!!!PENYEPAK SEKALI!!!



Lepas main study-study konon-kononnya, perut rasa lapar. Sekarang, marilah kita ke bahagian dapur pulak




Sila lihat si isteri a.k.a si queen control yang bersusah payah untuk memasak tanpa bantuan gas
Sangat terrorist terror kan??

*Sila abaikan tanda NEW yang terpampang. Anggap sahaja tag itu tidak wujud
dan sila anggap kami berada di rumah kami sendiri*

HAHAHAHAHAHA




Sementara menunggu si isteri memasak
Encik Koibito berehat-rehat di sofa idaman kedua
sambil menunggu bibik datang membawa remote control untuknya
(padahal takde TV pun kat depan tu!!!)



Setelah tigapulohlapan jam memasak, 
(sebab taktau memasak, maka si queen control perlu kan masa yang lama untuk menyediakan makanan)
opssss,,kantoi saya tak tahu memasak
KAHKAHKAHKAHKAH






Sebab bibik dah kena pecat,
maka Encik Koibito sendiri yang kena membawa makanan ke ruang makan

*Sila abaikan orang yang ramai-ramai di belakang tu. Kami memang suka buat sedekah di rumah sendiri)
HEHEHEHEHE






Si queen control bangga dengan masakannya 

*Kalau chef wan tengok, confirm dia pun nak berguru dengan aku*







Lihatlah. Lihatlah. Lihatlah

Silalah terliur dengan 'masakan' saya
HAHAHAHAHAHAHA





Gambar sebelum makan memang kelihatan penuh kesopanan dan kesusilaan
Gambar sedang  makan tak dapat dipublishkan
sebab takot kalian semua mendapat serangan jantung yang kritikal
Gambar selepas makan lagi lah perlu dielakkan
Dikhuatiri bukan sahaja mendapat serangan jantung,
malah boleh menyebabkan serangan limpa, usus, hati dan yang sewaktu dengannya

(^_____^)







Sekarang, perut sudah kenyang. Bila perut sudah kenyang, mata semakin berat. Bila mata berat menunjukkan kami mahu tidur. Bila kami mahu tidur, marilah mencari port-port yang bersesuaian untuk tidur.


Tapi, kami tak dapat membuat pilihan sebab katil-katil di situ semuanya empuk-empuk belaka. Kami terpaksa menghabiskan 10 minit untuk merasa setiap katil yang disediakan untuk kami.



KEHKEHKEHKEH






Silalah jangan buat berbagai propaganda disini

Walaupun di atas katil,
tapi kami setakat ambil gambar sahaja tau!!!!!










SUDAH-SUDAHLAH BERANGAN CIK YAN. COMMON TEST SEMAKIN DEKAT. SILALAH BUKU BUKU DAN BELAJAR DENGAN TEKUN!!!!












26 comments:

  1. Last yr my hubby n I, g honeymoon free kt Switzerland.... Best sgt.. Bkn free tix je tau tp full Pakej 5star yer..... Klu adik dh kawin nanti n nk g honeymoon free nanti calling2la. Nanti akak story...

    ReplyDelete
  2. peh, haha , seronok gile eh jenjalan walaupon org lain ngh dok stdy je,

    ReplyDelete
  3. meaaaattttbaaaallllllllllllll...lapar :(
    ~teha yg lapar

    ReplyDelete
  4. hoho..
    sakan nmpk?
    hehe..
    besh la tewww~ :p

    ReplyDelete
  5. @Dr MizEd

    Free??
    best tu free..hehe
    k. I'ALLAH..=)

    ReplyDelete
  6. @YUL

    ini namenye release tension sebelum test bermula..
    kalo after test, release tension tetap ada.tp dlm bentul lain pulak..
    hehehe..

    ReplyDelete
  7. @puteri ain

    nak ke??
    sila lah amik..
    Cik yan belanja..hehehe

    ReplyDelete
  8. @Anonymous

    teha...
    nak ke??
    jom..jom..
    bile teha nak belanja??
    hahahaha

    ReplyDelete
  9. @m!ss $@BR!D@H


    hehe..
    xpe nanti kite berdating berdua k..=)
    kite bg org len jeles pulak..
    hehehe..=)

    ReplyDelete
  10. @amier azrul alias

    hahah
    mestilah best..
    lepak tempat free...=)

    ReplyDelete
  11. wah wah wah... Ada nampak meatball d ctu..

    ReplyDelete
  12. Salam ukhwah.
    romantiknya.bagai romeo & juliet (teringat kenangan saya masa muda2 dulu.hehehehe).
    Saya follow blog nie, jemput follow saya juga (^_^)

    ReplyDelete
  13. Hye nice entry here… im cik cha, very new berblogging-blogging nih! Hehehe…
    do visit my blog at http://sharemyloves.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. sedap nye ayam 2..x ajak kita pun........hehehe

    ReplyDelete
  15. wahahahahah..... gler kentang dating kat ikea...
    k bgs nie pun nak masuk dalam list ar.. tak nah lagi dating ikea.. hahaha...dating beli pampers anak pernah ar.. wahahaha...

    ReplyDelete
  16. @Nailofarhazirah

    meatball dia sedap tau..
    seyes..tak tipuu..=)

    ReplyDelete
  17. @hardy boy

    romeo & juliet??
    beza sgt tuh..hehehe

    i'Allah..cik yan akan kunjung balik..=)

    ReplyDelete
  18. @Natasha Farina Arifin

    welcome 2 the blogger world natasha..
    do keep in touch..
    nanti cik yan visit site kamuu k..=)

    ReplyDelete
  19. @marshall mathers

    hehe..taktau pon nak ikot..
    kalo x leh calling2 ajak..=)

    ReplyDelete
  20. @NurIzza

    wahahaha..
    beli pampers anak ke pampers lain???
    opppsss

    hahahaha..

    ha p lah dating kat ikea..
    seyes teruja seh..
    ko kan dah nak kawen..
    mesti bertambah teruja nanti..=)

    ReplyDelete
  21. haha cam best je . makanan pon mcm sedap ! jeles jeles ! hehe . btw , nice entry . suke bace !

    ReplyDelete
  22. sedap nyeh food ! lapo lapo lapo :') HEHE

    ReplyDelete
  23. yeah,alin juga sngt gilakan IKEA.heaven juga rasanye.hu3

    kamoo amek akaun kah?dgree ke acca?

    ReplyDelete

Cicakman, kluangman, spiderman, superman
Dah bace jemputlah bagi comment