FOLLOWERS GIGIH

HARTA KARUN AHMAD ALBAB

Monday, July 22, 2013

Kafein, Collagen dan Aku

Assalamualaikum

Salam Ramadhan u’olls. Aku tau memang aku dah terlajak perahu sangat. Dah 13 Ramadan baru nak ucap salam Ramadhan ke. Kira OK lah tu kan. Dari aku wish time dah raya nanti. Bhaha ;p

Frankly speaking, I still can’t believe that we are currently in the month of fasting. Sebab apa? Sebab aku rasa puasa tahun lepas pun macam baru je berlalu. See. How time flies very very very fast sampai aku rasa cuak tengok peredaran masa sekarang. Tapi, nak hairan apa. Itu semua kuasa ALLAH.

Bila bulan puasa, mulalah penyakit senang mengantuk mudah sangat datang. Sebab kalau normal month yang mana kita boleh melantak sesuka hati, kita boleh mengunyah apa-apa je untuk elakkan rasa mengantuk. Nak minum air 1 gelen pun takde orang kisah! Tapi bila bulan puasa kalau dah mengantuk nak kena buat apa? Pergi tido? Ye, jawapan yang sangat bijak! Oiiii, oiii, aku sekarang dekat ofis tau. Agak-agak lah nak suruh aku tidur pun. *Alamak. Kantoi update blog time office.*

Kalau bulan biasa, setiap hari aku akan make sure 1 cup of Nescafe akan masuk dalam perut aku. Sebab apa? Sebab aku nak kekal energetic  dan tak nak rasa mengantuk menguasai diri. I cup of Nescafe u’olls. Kau bayangkan benda ni dah sebati dengan aku since zaman matriks lagi plus 4 tahun degree. So, do your math now! 1 cup x 365 days x 5 years = 1,825 cawan Nescafe. Ada fakta mengatakan bahawa 1 cawan besar kopi segera megandungi 100mg kafein. Jadi sambung math anda. 1,825 cawan x 100mg = 182,500mg kafein dah masuk dalam badan aku! Ko mampu? Baik korang rasa takjub sekarang! Hahaha

Itu belum campur lagi Nescafe yang aku telan lepas habis belajar sampai aku dah kerja sekarang.

Then, tetiba rasa kesedaran nak berhenti minum tu muncul. After a long while, I realized that I was too depending on nescafe. Setakat ko minum kopi nak bagi penyedap cicah dengan biskut Hup Seng ke kira orait la jugak. Tapi kalau dah hari-hari and tujuan tu pulak sebab taknak bagi mengantuk, itu yang silap. Sebab secara tak langsung aku dah latih diri aku menjadikan kafein sebagai ‘dadah’ yang wajib ada setiap hari. Well, betulkan fungsi macam dadah? 1 hari kau tak minum boleh meroyan beb!

Sebab tu, last 3 months aku dah cuba stop minum Nescafe setiap pagi. Mula-mula tu memang meroyan jugak. Masuk office menguap. Duduk atas kerusi menguap. On PC pun menguap. Jalan nak pergi toilet pun menguap! Bercakap dengan boss pun boleh menguap! Punyalah teruk pompuan ni kan.

Aku cuba cari alternative lain untuk jadikan minuman wajib ada setiap hari. Tapi nak mencari yang serasi tu pun susah jugak. Sebab bukan mudah untuk aku adapt dengan produk-produk especially yang kena minum-minum ni! Sampai lah aku try sendiri produk yang aku jual, Cocoa Collagen Power Plus (CCPP)

CCPP tak sama fungsinya macam Nescafe sebab obviously CCPP tiada kaitan dengan kopi. Kandungan kafein mungkin ada tetapi dalam kuantiti yang lebih sedikit compare to Nescafe. Plus, bahan utamanya adalah collagen. See the different kan. Semua pompuan tahu kot collagen lagi bagus untuk mereka rather than kafein.


Alhamdulillah, dah 3 kotak aku minum. Effect paling ketara time bulan puasa ni. Aku bersahur hanya dengan CCPP 1 cawan. Tapi aku mampu tahan rasa lapar even lepas dah masuk waktu Maghrib. Means, sepanjang bulan puasa ni kalau tak amik nasi pun takpe. Setakat berbuka dengan kuih pun aku dah kenyang. Rasa mengantuk langsung takde compare to last year punya zaman puasa. Teruk gila. Siap pergi cari kotak tak pakai nak buat alas tidur bawah meja. Teruk tahap maksima la pompuan ni!

And paling penting perut aku dah takde bunyi kriuk kriuk sebab lapar. Hahaha. Malu oiii pompuan punya perut kalau bunyi. Satu ofis boleh pandang aku dengan gelak halilintar diorang tu. Setahun punya malu pun belum tentu hilang. Boleh sambung lagi gelak untuk tahun depan punya puasa.

Kalau nak tau lebih lanjut pasal CCPP boleh review dekat aku punya blog satu lagi ni k. [Link]

Thanks Readers!

No comments:

Post a Comment

Cicakman, kluangman, spiderman, superman
Dah bace jemputlah bagi comment