FOLLOWERS GIGIH

HARTA KARUN AHMAD ALBAB

Saturday, March 12, 2011

Basic Tips: "10 minutes-10 step makeover" (PART 2)

Assalamualaikum!

Entry bersambung dari PART 1. Nak baca, klik di sini.

Hai deknon-deknon sekalian. Hari tu Cik Yan dah bagi tips untuk basic makeover dari step 1 sampai step 5 kan. Sekarang silalah sambung membaca tips 6 hingga tips ke 10. Takkan nak baca separuh jalan je kan. Mestilah baca sampai habis. Kang kalau baca separuh jalan, make up tak perfect lah. Orang kata tak ada umpphh.. Ye lah tu orang kata. Padahal aku yang kata.

Dah.dah. Malas aku nak ngarut-ngarut ni. Masa itu time tahu? Memang lah time. Kalau kau kata masa itu eat memang sah sakit mental putus urat saraf tunjang




6) Eyeliner

Kalau dah name pun 'eye'liner mestilah fungsinya untuk kat mata. Tak tahulah aku kalau ada orang guna eyeliner letak kat telinga atau bibir ke. okeyh, tak lawak pun Cik Yan!!!!

Eyeliner ada 3 jenis basically. Kau orang boleh pilih mana berkenan di hati sama ada pencil, gel atau liquid eyeliner. Mula-mula belajar selalu orang prefer to choose pencil sebab senang siket. Kalau guna liquid eyeliner buat nye ada penyakit 'Parkinson', habislah sememeh-memeh celak kat mata tu.

Penggunaan eyeliner juga haruslah mengikut bentuk mata anda sendiri. Bagi yang bermata agak kecil, penggunaan eyeliner boleh menampakkan effect besar dan bundar. 



  • Titik-titikkan eyeliner pada garis bulu mata atas anda dari dalam hingga ke hujung mata anda untuk memberi effect tebal.
  • Bermula di hujung garis mata atas anda, lukiskan garisan yang nipis dan semakin menebal apabila garisan semakin menuju ke hujung mata.
  • Di hujung mata anda, lukiskan garisan ke atas sehingga menimbulkan ilusi mata kucing. Garisan lentik itu hendaklah seperti menuju ke hujung bulu kening.
  • Lukis sedikit garisan di hujung garis bulu mata bawah anda.



7) Mascara

maskara

Untuk memberi effect lentik pada bulu mata, penggunaan mascara boleh membantu. Bagi yang tak biasa dengan penggunaan mascara, ia mungkin agak merumitkan masa mula-mula menggunakannya. Jangan risau and jangan sedih.  

Mula-mula sepitkan bulu mata dengan penyepit khas bulu mata bukan dengan penyepit ikan atau penyepit rambut! Gunakan teknik top to down and down to top semasa menggunakan Mascara. Setelah kering sepit bula mata anda sekali lagi. Jika masih tak berpuas hati, sapukan lagi mascara sehingga ia boleh menyerlahkan bulu mata anda. Kalau nak pakai fake eyelash, pastikan sapuan mascara nampak lebih natural supaya taklah orang perasan tu adalah bulu mata palsu.




8) Lip-liner



Tak semua orang prefer untuk menggunakan lip-liner sebab sesetengah orang berpendapat penggunaan lip-liner boleh menampakkan wajah lagi tua dari usia sebenar. Yang ni aku pon tak pastilah 100% tepat atau hanya anggapan sesetengah individu tertentu. Tapi, bagi siapa yang suka pakai lip-liner ni, pemilihan warna adalah PENTING! It is important to choose the colour that is closest to our natural lip. Supaya bila lipstick dah hilang, taklah nampak keterlalauan kalau yang tinggal tu cuma lip-liner. 




9) Lipstick & Lip Gloss



Bibir yang seksi memang impian setiap wanita. walaupun tak dianugerahkan dengan bibir seseksi Angelina Jolie, janganlah kau orang rasa sampai nak bunuh diri pulak. Berdosa besar tu! Tak diterima bumi nanti! 

Bagi anda yang memiliki bibir yang agak kering, boleh gunakan lip balm dengan sapuan yang agak minima. kemudian gunakan warna yang agak muda dicampur dengan warna yang agak gelap supaya wajah anda tak nampak pucat.

Untuk anda yang memiliki kulit kuning langsat, gunakan warna yang agak soft/terang. Sementara yang berkulit agak gelap, jangan gunakan warna yang menyala. Warna coklat atau maroon adalah pilihan yang terbaik

Untuk mendapatkan sapuan yang cantik, mula sapukan lip balm pada bibir. Kemudian, sapukan lipstick mengikut warna yang disukai dan akhir sekali sapuan tipis lim gloss dengan warna senada untuk mendapatkan effect bibir penuh lagi seksi u!



10) Blusher


Untuk menampakkan tone warna yang lebih segar, penggunaan blusher dengan sapuan yang bersesuaian dapat membantu. Sebelum tu, anda perlu tahu dulu sama ada jenis kulit muka anda termasuk dalam jening berminyak, normal atau kering.

Basically, ada banyak jenis blusher yang dijual dekat pasaran sekarang. Contohnya:

  • Padat


    Merupakan perona pipi yang paling umum dikenali. Serbuk warna perona pipi yang dipadatkan ini akan menghasilkan warna yang sangat nyata. Jenis ini dapat dipakai untuk semua jenis kulit, terutama untuk yang memiliki kulit berminyak.
  • Krim


    Bentuknya tidak sepadat blush on padat dan memiliki tekstur lebih basah. Karena tekstur inilah, maka warna yang dihasilkan dapat bersatu dengan warna kulit wajah. Jenis ini kurang sesuai digunakan seseorang yang berjenis kulit berminyak sebab ia  membuat wajah nampak lebih basah atau berminyak.
  • Gel


    Berbentuk gel dan warna yang dihasilkan tidak terlalu nyata dan sesuai  untuk pemakaian sehari-hari atau bila Anda ingin mengaplikasikan dandanan yang lebih natural. Perona pipi gel ini sesuai untuk Anda yang memiliki jenis kulit kering.
  • Balls


    Menyerupai bola-bola kecil. Cara menggunakannya adalah dengan menggunakan brush yang diputar-putar di atas bola-bola tersebut. Serbuk yang menempel pada berus kemudian dapat disapukan pada pipi. Dapat digunakan untuk semua jenis kulit.


 Sapuan blusher mengikut bentuk wajah:

  • Wajah Oval

    Sapukan blusher pada tulang pipi dengan gerakan sedikit melenngkung atau tambahkan sedikit blusher pada atas tulang hidung untuk menimbulkan kesan yang lebih glamor.
  • Wajah Bulat

    Lakukan teknik shading di daerah rahang dengan  menggunakan  blusher dengan warna sedikit gelap dari bahagian rahang hingga dagu. Lalu gunakan blush on dengan warna yang lebih terang pada puncak pipi ke arah telinga dengan gerakan keatas. 
  • Wajah Lonjong

    Untuk bentuk wajah lonjong, jangan gunakan blusher di bawah tulang pipi tetapi gunakan tepat pada tulang pipi dengan gerakan mendatar. Gunakan blush on dengan warna terang agar perhatian terpusat pada daerah pipi untuk mengelakkan wajah anda kelihatan lebih memanjang.
  • Wajah Persegi

    Untuk menyamarkan potongan rahang, gunakan blusher dengan warna gelap dari dagu sampai tengah telinga.
  • Wajah Hati

    Pilih blush on yang berwarna sedikit gelap dan sapukan pada bahagian sekitar dagu dan bagian rahang bawah. 




So, basically ni lah 10 step yang diajarkan oleh Pn Mursyidah Said hari tu. 


Selamat mencuba ye anak-anak sekalian.


BABAI!!!




3 comments:

Cicakman, kluangman, spiderman, superman
Dah bace jemputlah bagi comment