FOLLOWERS GIGIH

HARTA KARUN AHMAD ALBAB

Sunday, May 30, 2010

Akibat salah hantar e-mel

Toha telah dihantar majikannya untuk berkursus di Kuala Lumpur. Lewat tengahari Toha baru sampai, dia pun menginap di sebuah hotel mewah yang telah ditempah majikannya. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik tersebut. Disebabkan seminar akan bermula sebentar lagi, sedangkan kawan-kawannya sudah pun menungu di lobi, Toha pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mel ringkas kepada isterinya. 

Malangnya dalam terkocoh-kocoh itu Toha telah tersalah taip e-mel isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mel tersebut.

Di sebuah rumah di Kelantan pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang dari upacara pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-melnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej dari saudara-mara dan teman-teman. Selepas membaca e-mel pertama itu, si janda tersebut terus rebah ke lantai.

Anak lelaki janda tersebut bergegas ke bilik ibunya dan mendapati si ibu sedang tercungap-cungap.

 “E-melll…ee-melll”, kata si ibu terketar-ketar.
 Si anak pun membaca e-mel yang baru habis dibaca ibunya tadi. Begini bunyinya…….


To : isteri kesayanganku

Date: 5 Mei 2010

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer disini dan kita boleh menghantar e-mel kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita. Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman disini. Abang lihat semuanya telah disediakan di bilik ini. Ia cukup indah untuk menyambut kedatanganmu pada hari esok. Semoga berjumpa denganmu nanti, sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti akan lebih bermakna seperti apa yang telah abang lalui ketika ini. Abang tidak sabar menunggu hari esok.

Suamimu……


3 comments:

Cicakman, kluangman, spiderman, superman
Dah bace jemputlah bagi comment