FOLLOWERS GIGIH

HARTA KARUN AHMAD ALBAB

Monday, May 17, 2010

X-file #2 : Maut di Tapak tangan

Seorang lelaki berusia pertengahan 50-an melabuhkan punggungnya ke kerusi sebuah pejabat di New York, Amerika Syarikat. Dia datang bersama rakan sepejabatnya, seorang wanita.

“Saya William Q. Judge, Presiden Theosophical Society,” lelaki itu memmperkenalkan dirinya kepada empunya pejabat tersebut, lelaki berusia 30 tahun yang berambut ikal dan tajam sorotan matanya.

Selepas meneliti tapak tangan William Q. Judge, lelaki bermata tajam itu memberitahu, “awak telah sampai ke kemuncak hidup. Tak kiralah apa impian awak selama ini, tapi terimalah hakikat bahawa ia berakhir setakat di sini. Fasa hidup awak telah sampai pada noktahnya”, kata lelaki bermata tajam itu.

William Q.Judge menggeletar. Mukanya pucat dan tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri. Dengan pertolongan setiausaha lelaki bermata tajam itu, William Q.Judge pulih 10 minit kemudian.

“Boleh encik periksa tapak tangannya pula?” kata William Q. Judge apabila keadannya kembali normal. Dia meminta lelaki bermata tajam itu meneliti garis-garis pada tapak tangan wanita yang duduk disisinya.

“Usia dia muda setahun daripada saya”, sambung William Q. Judge.

Lelaki yang bermata tajam memegang tangan wanita berkenaan, kemudian membuat ramalan, “Tahun ini sangat penting dalam hidup awak.”

Sambil memandang ke arah William Q. Judge, lelaki tersebut berkata lagi. “William….dia akan ambil alih kedudukan awak dan melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Pencapaiannya akan melebihi awak. Satu lagi, dia akan hidup lama.”

Lelaki berambut ikal dan tajam sorotan matanya itu mencatatkan ramalannya pada sehelai kertas. Ini diikuti oleh wanita berkenaan yang menulis ‘Katherine A. Tingley, 30 May 1896’.

William Q.Judge mengucapkan terima kasih kepada lelaki bermata tajam kerana membuat ramalan terhadap mereka berdua, lebih-lebih lagi meramalkan Katherine akan menggantikan tempatnya.

“Dia seorang yang berdedikasi, punya personaliti yang menarik dan teguh pendirian. Katherine adalah calon paling sesuai untuk menggantikan tempat saya. Tapi…..” William Q.Judge tiba-tiba berhenti seketika.

“Tapi apa, William”, tanya lelaki bermata tajam.

“Tapi saya harap ramalan awak terhadap saya adalah silap”, Ujar William Q. Judge.


wajah Louis Hamon atau lebih dikenali sebagai Cheiro


Silap? Beberapa bulan kemudian, William Q.Judge meninggal dunia akibat serangan jantung dan tempat beliau digantikan oleh Katherine A. Tingley! Lelaki bermata tajam yang membuat ramaln itu ialah Louis Hamon, peramal tapak tangan (palmist) terkemuka lebih dikenali sebagai Cheiro.

Kali terakhir Cheiro melihat Katherine ialah pada musim salji 1928 semasa wanita tersebut menyampaikan syarahan di London. Ketika itu Katherine berusia 75 tahun. Dia meninggal dunia di Sweeden dua tahun kemudian akibat kemalangan Jalan raya!


4 comments:

  1. xphm pn...ha3

    btw folo me back~
    keep intouch..

    ReplyDelete
  2. Great informative post!

    ReplyDelete

Cicakman, kluangman, spiderman, superman
Dah bace jemputlah bagi comment