FOLLOWERS GIGIH

HARTA KARUN AHMAD ALBAB

Wednesday, April 09, 2014

Wedding Preparation #5 : HIV Test (LAGI PENTING)

Hari tu iolls dah cerita pasal preparation for borang nikah kat sini. (Link). Macam yang iolls cakap setakat isi je form then tekan button "hantar" belum dikira sebagai lengkap. Sebab satu lagi benda penting yang uolls kena buat adalah HIV test. 

Actually ada a few persoalan pasal HIV Test ni especially yang melibatkan JOHOREAN. Nampak aku kasik bold disitu. Sebab JOHOREAN ni memang ISTIMEWA sikit. Sebab tu prosedur pun renyah semacam je. Muahahaha.

Sebab aku ni kerja dekat KL. Nak menikah dekat JB. Maka aku rasa leceh nak balik JB mintak cuti semata-mata nak buat HIV Test ni. Aku baca few blog yang cakap untuk kes di Johor, TAK BOLEH buat HIV Test di luar kawasan Johor. Bermaksud, kalau nak bernikah di Johor maka HIV test pun kena buat dekat Johor. Jangan buat dekat New Zealand ye. Tapi ada jugak yang cakap boleh sebenanrnya. EH. memain pulak kan kejap boleh kejap tak boleh.

So aku call terus Pejabat Agama Johor. Orang yang pick up call tu kata memang BOLEH sebenarnya dengan syarat :

1. Untuk negeri-negeri selain Johor, HIV Test diorang valid for 6 months. Tapi untuk Johor for 3 months only. So kalau uolls nak buat HIV test di luar Johor, make sure dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh nikah Ok.

2. HIV Test hanya dibenarkan di Klinik-Klinik kesihatan. KERAJAAN sahaja. So Klinik Persendirian abang ipar ke, nenek sedara ke, kakak angkat ke tak boleh eh.

TAPI, sebabkan aku taknak berlaku sesuatu yang menyakitkan hati contoh aku dah buat HIV test dekat KL tetiba Johor taknak terima, maka aku decide nak buat dekat Johor jugak. MUAHAHAHA. Punya panjang lebar mukadimah kan.

Taklah teruk sangat buat HIV Test ni. Cuma leceh sebab tak semua Klinik Kesihatan sediakan service ni untuk tempoh yang lama and setiap hari. Sebab they olls ada hari-hari and waktu-waktu tertentu untuk buat. Lagi teruk ada sesetengah KK tu limit-kan untuk 30 orang je contohnya. Tak memasal dah kena bawak bantal, selimut semua nak beratur depan pintu sebab nak tunggu giliran amik nombor. Kan menyusahkan sikit tu. 

Aku ceritakan step by step apa yang aku buat sampai aku rasa ala very the kacang kuda punya senang je HIV Test ni.Riak sikit.

1. Call dulu klinik-klinik kesihatan kerajaan ni and tanya HIV Test diorang buat setiap hari apa n pukul berapa. Aku ada call few je yang Kat JB so boleh cekidaut la ye.
          - KK Kempas (Selasa @ 2 petang)
          - KK Larkin (Khamis @ 8-11 pagi)
          - KK Majidee ( Isnin - Rabu @ 2-4 petang)
          - KK Jalan Mahmoodiah (Setiap hari @ waktu pejabat)
Untuk no telefon Klinik Kesihatan seluruh Malaysia, cekidaut disini

2. Disebabkan aku cuti hari Isnin, maka aku pilih KK Jalan Mahmoodiah untuk buat test. Maka pukul 8.30 pagi aku dah tercongok depan pintu Klinik nak amik nombor. 

3. Once kaki korang ni jejak je klinik, pergi kaunter A dulu untuk amik nombor. Cakap nak buat HIV Test. Nanti dia tanya borang dari pejabat agama dah ada ke belum. Jawablah ada. Kalau jawab takde kejap lagi kene perhambat dengan penyapu. Kene amik dulu ye borang HIV test dari pejabat agama ni. Free je. Takyoh bayar.




4. Masa dekat Kaunter A, dia akan bagi lagi 1 borang mcm gambar bawah ni. Lepas tu korang kene isi baru pergi semula kat nurse cantik yang jaga tu untuk mintak nombor. Bukan nombor ekor tau!




5. Lepas tu dapat nombor pergi tunggu kat Kaunter B pulak. Kat sini untuk proses pembayaran je deknon. Tak mahal pon HIV Test ni. Sengget je. Kicap lagi mahal oii.




6. Dah setel bayar pergi pulak Kaunter C. Ko jangan risau sebab dia takkan suruh kau pergi sampai Kaunter Z dah. haha. Ni last la ni. Borang yang dah isi tu nanti letak atas meja kat Kaunter C ni. Lepas tu bertenang dulu lepak-lepak duduk sampai si kakak cantik panggil. Selagi tak panggil jangan gatal bangun tau. Masa aku pergi ni punyalah ramai manusia. Lama jugak aku nak tunggu nurse ni panggil sampai punggung aku dah terbakar hangus dah. 
(Korang yang nak pergi KK Jalan Mahmodiah ni jangan pergi waktu pagi. Sebab pepagi ni diorang akan dahulukan orang yang kena puasa nak check darah tu. So untuk orang yang nak buat HIV Test tu dia akan mintak tunggu dulu. So better korang kalau nak buat HIV test datang lepas pukul 10 pagi k. Confirm cepat gila ibarat ko pejam mata sekejap lepas tu bukak eh dah siap ke. Halus je buat HIV Test ni. Hahaha)





7. Dah setel amik darah tunggu dalam 15 minit sebab nanti pegawai dia datang terkedek-kedek lemah gemalai nak sign borang tu. Tunggu dia settlekan semua baru pergi amik result tu jangan pulak kome bawak balik sekali sample darah tu. Hahaha. 

8. Setel dah? Ok lepas tu pergi lah melantak makan macam 30 hari tak makan. Gara-gara lama sangat tunggu aku rembat 2 keping roti canai as breakfast. Rosak diet! Citt




Selalu kalau ujian negative, korang boleh dapat terus result serta-merta. Tapi, belum bermakna dah boleh nikah eh. Hahaha. Kan aku kata JOHOREAN ni ISTIMEWA sikit. Ada 1 lagi step yang membezakan antara Johor dengan negeri lain iaitu Interview. Hamik. Kau fikir kerja je nak interview. Nak kahwin pun kena interview bai. Sob.sob.sob

Sorry sebab aku tak boleh share cerita pasal interview sebab ngelat sikit. BHAHAHA. Aku mintak kawan ayah aku uruskan borang-borang tu sebab aku kesuntukkan masa. Makanya aku terselamat dari kena interview. Hehe.

Harap info ni membantu. Bai

1 comment:

Cicakman, kluangman, spiderman, superman
Dah bace jemputlah bagi comment