FOLLOWERS GIGIH

HARTA KARUN AHMAD ALBAB

Wednesday, June 15, 2011

Entry pasal kahwin lagik.

Assalamualaikum

Good afternoon peeps!

Kakak aku dah selamat kahwin. Sekarang dia dah ada life yang baru. Dah tak boleh nak gaduh sampai main tarik rambut lagi. Eh, kitorang memang lasak. Kalau gaduh bukan setakat tarik rambut. Itu gaduh orang perempuan. Kitorang tak mainlah. Kalau aku dengan kakak aku gaduh mau keluar segala pedang samurai, kayu 8 kaki, kerusi sume. Haa, gangster habis kan. Ni sume bapak aku lah ni. Sebab dia peminat WWF. Dah tu, kecik-kecik lagi kitorang dah tengok WWF. Sekarang ni, dah khatam dah sume aksi. Tinggal nak praktik je. HAHA



Tapi yang tak bestnya bila dia dah kahwin. Aku pulak jadik mangsa keadaan. Selalunya orang akan attack dia dulu sebab dia lagi tua dari aku kan. Dah nama pun kakak! Sekarang dah tak boleh nak elak. Sebab umur kami beza setahun je. So, mesti orang pun fikir aku akan kahwin dalam usia yang agak muda macam kakak aku. Bila pegi sana, orang tanya "Yang ni bile lagi?" Bila aku lari ke sini pulak "kakak dah sudah, bila nak dapat menantu kedua?" Hari-hari orang tanya soalan macam ni bole jadi pekak aku dibuatnya!


Aku tengok ramai jugak kawan-kawan aku yang dah kahwin. Tiap hari mesti ada je kad kahwin sampai kat rumah aku. (Ok, nampak sangat tipu.!) Ada jugak yang lagi muda dari aku dah pun bertunang, dah ada anak bagai. Yela, dah jodoh. Takkan aku nak marah pulak. 



Tapi, kalau tanya aku, selagi aku belum ada duit yang cukup, selagi aku belum dapat apa yang aku nak, aku takkan kahwin dulu. (Gaya macam aku pulak yang kena bagi duit hantaran!) Bak kata orang, kahwin ni bukan untuk sehari dua. Biarlah kekal sampai akhir hayat. Sekurang-kurangnya sekarang ni biarlah aku setengah mati cuba capai apa yang aku nak. Time dah kahwin, mesti banyak kekangan. Suami, anak, rumahtangga. Kena letak priority kat suami dulu. Barulah boleh jadi isteri mithali. Chewah! Angan-angan nak besar kan!





Ambik berkat. Kot-kot 3,4 tahun lagi time aku pulak yang duduk melepak atas pelamin.
HAHAHA




p/s : Sekarang ni orang sibuk buat kad jemputan bentuk facebook macam Zed Zaidi lah, bentuk kimono lah macam Noh Hujan, macam Tomok punya tu. Time aku nanti ade ke zaman facebook lagi? Takpe, time aku kahwin, aku buat kad bentuk duit, konon-konon melambangkan akauntan in future. Confirm orang sayang nak buang! HAHAHA.




p/s/s : tahniah jugak kepada blogger femes lagi emes , Irine Nadia Marcello yang baru je bertunang. See, umur muda bukan penghalang kan? Kalau dah itu jodoh yang ALLAH dah berikan. Semoga cpat ke jinjang pelamin..(^___^)











7 comments:

  1. 7 tahun lagi~ <3

    ReplyDelete
  2. fu yoo 3 4 tahun lagi.. muda tue yang..
    aku pun lagi 5 thn insya Allah..
    ko dtg kawen aku bawak anak ar nnti..hohoho..

    ReplyDelete
  3. @Anonymous

    7 tahun untuk dapat anak ketiga ke??
    hahaha =p

    ReplyDelete
  4. @NurIzza

    muahahaha..
    zatul oii,, aku rase hang yg kawen dulu ni. aku br plan je tuh. tp yelah nak wat camne kan. bukan kite yg kene g pinang..isk..isk..=(

    ReplyDelete
  5. @Haruuta Chan

    eh..sape yg familiar?
    cik yan ke akak cik yan?
    hehehe..

    ReplyDelete
  6. cik yan.. akak dah kawin.. cik yan bile lagi??? hikhik

    ReplyDelete

Cicakman, kluangman, spiderman, superman
Dah bace jemputlah bagi comment