FOLLOWERS GIGIH

HARTA KARUN AHMAD ALBAB

Sunday, December 26, 2010

Milo ais berperisa Baru. Trylah. Aku bagi resipi khas ni..

Assalamualaikum!

Cerita ni dah lapok. Sebab dah berlaku beberapa minggu yang lepas.
Tapi, sebab ianya terjadi pada aku, 
Jadik, aku istiharkan cerita ni belum lapok lagi. 


Al-kisah satu petang sebab terlalu haus jadiknya aku pi lah bancuh air.
Konon-konon nak buat milo ais stail mamak depan umah aku ni. 
Untuk membuktikan milo ais aku lagi shedap lemak berkrim dari mamak tu.

*muka kerek*






kalau mamak depan umah aku tengok ni,
confirm sebelum subuh dia dah tercongok depan pintu umah aku
sebab nak menuntut ilmu dengan aku


Dek terlalu penat lepas buat air milo, aku tertidur dengan jayanya depan TV. 
(bajet macam chef. buat air milo pun boleh penat)

Siap berdengkur lagik. 

*ok, yang berdengkut tu tipu..hahaha*

Jadinya, air milo tu terbiar lah kat atas meja.

Tapi aku tido pon taklah lama sangat sampai berbelas jam. Aku tertido dalam 1/2 jam aja. Tengok-tengok cerita hindustan pun dah habis.

Sebab aku ni memang jenis makan malam awal. So, bangun-bangun aja aku terus menonong pergi dapur dengan niat nak makan. 

*very tak senonoh. Baru bangun terus melahap*

Habislah sepinggan nasik aku bedal
*sekarang baru menyesal. sebab badan dah macam belon kena pam. Tunggu masa nak cucuk dengan jarum aja*

Lepas makan, mestilah nak minum air kan.
Time tu teringat air milo aku yang berbaki lagi setengah dalam cawan.

Wah, ada rasa sejuk-sejuk lagi.

Dengan mata yang masih fokus kat TV, dengan rakusnya aku minum air milo tu..

Tetiba aku rasa ada something yang sentuh bibir aku. 
 Sebab rasa tak sedap hati, aku terus pergi sinki and curah air tu.

*Whatdacrabball*

Kau orang tahu apa??






Nah , aku bagi jawapannya,,,,







Ya, cerita ini adalah benar. Tiada yang benar melainkan benar belaka. Tiada penipuan dan tiada pendustaan.


Tapi mujurlah, cicak sekor ni tak masuk lagi dalam mulut.



sila gantikan air tin tersebut dengan secawan milo ais

Sebab dah geli geleman, aku terus jolok tekak aku and muntahkan balik apa yang aku minum + apa yang aku makan.

Tapi, dalam hati dah menyumpah.

*KUANG AJAKKK KAU CICAK. TAK ADA TEMPAT LAIN KE KO  NAK BERENANG??*

Mujur jugak cicak tu spesis yang bukan badan menggerutu tu.

Lepas dari tu, 3 hari lor aku tak lalu nak makan. Geli. Kembang aja tekak aku ni.


Tetiba teringat. Ala-ala cerita Lagenda Budak Setan pulak. Tapi, aku bukan jadi mangsa Farid Kamil tu.

Kali ni, aku jadik mangsa cicak sendiri. Biadap punya cicak!





Mujur jugak aku tak tercekik ala-ala Lisa Surihani. Sebab tak ada lah hero yang nak menyelamatkan aku time tuh.


Lain lah kalau Zac Efron ada kat sini. **Muahahaha**



Kesimpulannya, jangan biarkan hidup anda diselebungi cicak


*Ada kaitan jugak kan?*



Kau orang kalau nak merasa air milo campur cicak trylah buat. Confirm, sapa yang nak diet tu, nafsu makan akan hilang dengan serta merta tanpa paksaan.




Aku tak tau nak buat muka reaksi apa bila aku update entry ni. Perlukah aku buat muka bangga sambil berdiri atas kerusi dan dengan riaknya berkata,



“AKU  PERNAH MINUM AIR MILO BERPERISA CICAK, KAU ORANG PERNAH KE??”







p/s :  Terharu sebab cik epal yang gorgeous tu sanggup masuk blog aku...siap bagi comment lagi. i lap u lah cik epal..





13 comments:

  1. ...bile tgk cicak tu..eee..gelie la pulak..haha

    ReplyDelete
  2. euuwww cicakk! erk~ muntah muntah. haha

    ReplyDelete
  3. terminum seekor cicak dlm mulut ke?yeeeck!!!besar ke kecik cicak tu? (msh xley terima knytaan ade cicak dlm mulut) http://www.geekintherainbow.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. eh.sori2.trsilap faham.hehe..tp still geli gile!!!yeeeck!!!mau meremang bulu roma time tu

    ReplyDelete
  5. errkk....tekak aku pulak yg geli.....!!! tolong!!

    ReplyDelete
  6. @kyna

    jgn tgk lame2..nnt hilang selera..=)

    ReplyDelete
  7. @Alynn Notnot

    hahaha..tutp mata nnti tiap kali tgk cicak..=)

    ReplyDelete
  8. @IFA Athirah

    tau xpe..
    sumpah ms tuh rasa macam nak hapuskan aja segala keturunan cicak dlm umah ni..hehehe

    ReplyDelete

Cicakman, kluangman, spiderman, superman
Dah bace jemputlah bagi comment