FOLLOWERS GIGIH

HARTA KARUN AHMAD ALBAB

Sunday, January 11, 2009

Apa yang kita akan lakukan????

Assalamualaikum wb.t Agak lame sebenarnya aku tak baca surat khabar dan bila aku berpeluang membacanya aku sangat terkejut bila kita dikejutkan dengan peperangan yang berlaku di Palestin. Sedih aku melihat gambar-gambar mayat yang tak berdosa yang menjadi mangsa rejim zionis ini. Melihat anak-anak kecil yang merengek kebuluran di sebelah mayat ibunya sedangkan dia masih kecil dan tak tahu pun lagi apa tu erti kehidupan dunia. Yang terputus anggota badan tak usah dicerita. Ngeri.. Aku terbayang jika Palestin itu ditukar dengan Malaysia. Apa akan jadi?? Nauzubillah.. Kita seharusnya sedar dan bersyukur kerana kita tidak menjadi seperti mereka. Walau pun begitu, takkan kita nak pandang sebelah mata je tentang perkara ni sedangkan mereka yang berada di Palestin itu adalah saudara seIslam kita. Mereka bermatian menegakkan agama Islam. Di waktu ini, aku teringat cerita yang pernah ustazah aku sampaikan waktu aku sekolah dulu. Tentang Allah memberikan pertolongan dengan menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah musyrikin. Dan kita yang berada di Malaysia ini sama2 la berdoa supaya Allah menghapuskan dan menghancurkan rejim zionis dengan sedahsyat-dahsyatnya. Kita berdoa agar saudara Islam kita di sana diberi perlindungan, kekuatan oleh Allah dari segala bencana dan untuk melawan rejim2 Israel yang tidak berperikemanusiaan. Kita juga di Malaysia boleh menghulurkan sumbangan ikhlas melalui badan-badan yang telah disahkan. Kalau kita boleh melabur kredit kita untuk mengundi artis-artis kesayangan di Malaysia ini, ambillah kesempatan ini untuk membantu mereka yang sangat memerlukan di sana. Mungkin hari ini hari mereka tapi esok lusa mungkin hari kita pula. Bukan meminta tapi selagi kita hidup di dunia ni kita kene sentiasa beringat bahawa langit itu tak selaunya cerah. Kita berdoa supaya mereka diberi harapan dan sinar baru dalam hidup mereka. Sokongla usaha kerajaan dalam memboikot barang-barang yang menyokong Israel ini tertamanya Starbucks, Colgate, Coca cola, etc... Itu yang kita mampu lakukan.. Ingatlah hari ini kita membantu orang lain Allah akan memberi ganjaran buat kita dengan berlipat kali ganda.....aku juga mengingatkan diri aku supaya menjadi orang yang sentiasa bersyukur dan beringat dalam setiap kekalutan yang aku hadapi...Mudah-mudahan kita semua sentiasa mendapat perlindungan dari ALLAH SWT...amin.....................

 "YA ALLAH SEBAGAIMANA ENGKAU TELAH MENGHANTAR BURUNG-BURUNG ABABIL UNTUK MENHANCURKAN TENTERA BERGAJAH, MAKA KAMI MOHON AGAR ENGKAU HANCURKAN TENTERA REJIM ZIONIS INI SEDAHSYAT-DAHSYATNYA. KAU LINDUNGILAH SAUDARA-SAUDARA KAMI DI PALESTIN..BERILAH MEREKA KEKUATAN DALAM MENGHADAPI CABARANMU INI..TURUNKANLAH BANTUANMU KEPADA ORANG-ORANG ISLAM DI PALESTIN..AMIN.........."

No comments:

Post a Comment

Cicakman, kluangman, spiderman, superman
Dah bace jemputlah bagi comment