FOLLOWERS GIGIH

HARTA KARUN AHMAD ALBAB

Tuesday, May 15, 2012

Perkara-perkara annoying yang selalu terjadi bila guna public transport. I Hate This!

Aku berani jamin, takde manusia pun kat dunia ni yang tak pernah naik public transaport. Tak kisahlah bas ke LRT ke, KTM ke. Unless, kalau dia anak kepada tauke bas tu. *HAHA*. And for sure, ada benda-benda annoying yang akan terjadi bila korang guna public transport ni especially for those yang hari-hari kena naik bas or LRT. No choice kan. When something annoyed happened, rasa geram sampai nak aja rasanya sumpah manusia-manusia tak beradab ni jadi sesumpah. *KAHKAHKAH*



1.       Manusia tak gheti-gheti nak beratur

Manusia akan guna macam-macam taktik kalau dah memang malas nak beratur. Satu contoh yang aku pernah hadapi. Time tu LRT delay. Dekat station memang dah penuh dengan manusia (memang la manusia, takkan haiwan naik LRT kan?) Aku pon masuk dalam queue aku. Suddenly, datang sorang ‘manusia’ ni tanya aku. “train delay ke?” aku pon jawab sepatah “haah”. Then, masa aku tengah khayal-khayal, tup-tup manusia tu dah beratur  depan aku? Ewah, pandai kau gunakan aku untuk kepentingan kau eh.


Dalam kes yang lain pulak, orang lain dah sedap duduk dalam queue, tetiba ada satu manusia datang terus pergi line depan. Eh, hello. Ko fikir yang tengah beratur panjang-panjang ni tunggul ke? Atau pun tengah nak menyabut kedatangan kau?


2. Gesel sana gesel sini



Ni satu lagi spesis beruk terlepas dari Zoo Negara. Kalau rasa dah gatal sangat nak meraba-raba anak orang, bas or LRT is not the correct place. You may go tu Jalan Dobi ke or Jalan P Ramlee yang mana ko boleh nampak bersusun kategori orang-orang yang rela diraba ni. Kadang-kadang aku rimas manusia-manusia macam ni. Nak marah tak boleh sebab kita tak tahu dia buat on purpose ke tak. Dalam train dah terlalu sesak, so sometimes benda-benda ni memang tak disengajakan. Tapi, bila dah masuk dua tiga empat kali ko meraba, tu namanya memang mintak penyepak. Tolonglah spesis lelaki-lelaki terdesak ni, jangan jadikan wanita-wanita di dalam LRT ini sebagai mangsa anda! Silap-silap mulut kau boleh bocor dek tertelan heels 5 inci!


3. Space takde, tapi nak jugak menyelit masuk

For those yang menggunakan perkhidmatan LRT hari-hari, benda ni memang for sure akan terjadi. Especially pagi-pagi bila mana train dah padat ketat sendat macam tin sardin, sampai depan pintu pun takde ruang walau seinci. Dah tau takde space, nak jugak menyelit masuk. Ayooo kawan, awak tu dah lah 'kecik macam semut'. Bila awak masuk, kasihanilah mereka-mereka yang terhimpit tak cukup nafas disebabkan awak. Aku faham semua orang nak cepat. Tapi tak bermaksud kita jadi selfish. And, orang-orang ni pun tak boleh dipersalahkan 100% jugak. Sebab kadang-kadang orang yang dah ada dalam LRT pun taknak ngaku kalah. Space punya banyak kat dalam, depan pintu jugak dia nak berdiri. Cik Akak, pintu tu belum nak roboh pon. Dia tau tutup sendiri. Awak tak payah lah sibuk-sibuk nak jadi penjaga pintu tak bergaji kat depan tu!


4. Keadaan dalam LRT @ bas sama macam pasar borong

Kes ni taklah berapa berat sebab sometimes aku boleh consider jugak keadaan riuh-riuh ni. Cuma yang tak bestnya bila keadaan tengah sunyi-sepi then masuk segerombolan rombongan cik kiah pakai uniform and buat riuh dalam LRT. Dah lah budak-budak sekolah, jagalah sikit attitude tu wahai adik-adik. Awak tu perempuan pulak tu. Menjerit-jerit dalam LRT macam tu. Haish, tak shuuweettt langsung lah. Kot ye pun nak main 'Kuch-kuch hotak hang' dalam tu, janganlah over mengalahkan Shah rukh Khan dengan Kajol. Orang lain tengok pon boleh 'kojol'. Muka dah cantik, tapi perangai tu jagalah sikit. Lebih-lebih lagi awak tu pakai lencana sekolah, bawak nama sekolah. Hish, tak pasal-pasal buruk nama sekolah dikk non oiii...

 
Ini adalah a few situation yang aku kena hadapi tiap kali aku guna public transport ni. Kadang-kadang aku naik bosan dengan perangai manusia-manusia yang duduk tengah-tengah bandar ni. Bila tengok tang kerjaya, semua nya hebat-hebat. Bila tengok pemikiran, semuanya ada IQ yang tip-top. But, when comes into attitude, totally ZERO! bahkan ada yang negative to infinity. In this case, aku tak cakap semua orang. Cuma segelintir manusia ni lah yang selalu buat orang lain sakit hati. Come on la. dah nama pun public transport. Untuk kegunaan bersama, so bertimbang rasalah. Tak salah awak nak kejar masa, nak masuk office awal tapi tak bermaksud kepentingan orang lain pun awak ketepikan. Am I right?

Prinsip aku senang je. Kalau kita taknak orang buat macam tu kat kita, kita pun janganlah buat benda macam tu kat orang lain. In real life, kita kena ada prinsip ''give & take". Tak selamanya kita boleh berada di pihak yang asyik memberi tanpa diberi peluang untuk menerima ataupun asyik nak menerima tapi langsung takde inisiatif nak memberi. Renung-renungkanlah dan selamat ber'attitude' *HAHAHA*

Peace yo!

1 comment:

  1. aku pun nyampah gler.. aku pnh kena ngan bangla &^$$@#@!.. punya luas kat depan aku tue leh lalu masa masuk tren,.dia leh gesel ngn tgn dia dengan dada aku.. b*&*%^^$%#...

    ReplyDelete

Cicakman, kluangman, spiderman, superman
Dah bace jemputlah bagi comment