FOLLOWERS GIGIH

HARTA KARUN AHMAD ALBAB

Saturday, December 25, 2010

Kasih sayang sehingga akhir hayat, pengorbanan seorang cucu, kisah suka duka 2010

Penghujung September 2010



Pagi itu sedang aku bersiap-siap untuk ke tempat kerja, mak ngah aku di kampung call mengatakan nenek sedaraku sedang nazak. Dan tak lama selepas itu, sekali lagi handphone mak aku berbunyi mengkhabarkan berita sedih. Setelah berhari-hari lamanya di hospital, setelah hampir 15 tahun terlantar sakit, akhirnya nenek sedaraku pergi menghadap Ilahi pada 21 September 2010.

Sejak si isteri pergi, si suami pula seakan hilang semangat untuk terus hidup. Bertahun-tahun lamanya hidup bersama, akhirnya si suami terpaksa menerima hakikat yang hidupnya telah keseorangan. Si isteri telah pergi untuk selama-lamanya. Sejak itu, sakitnya datang kembali. Badan yang memang tersedia kurus semakin tinggal tulang menampakkan dengan jelas lekuk-lekuk di bahu. Walaupun dirinya terlalu lemah, tetapi si suami masih terus gagah meneruskan sisa hidup. Menjalani rutin-rutin harian seperti biasa termasuklah menghadiri kenduri-kendara di rumah saudara-mara terdekat.


24 December 2010 ; 1.30 petang


Belum pun genap 100 hari pemergian si isteri, sebaik sahaja azan Zohor habis berkemundang, si suami pula pergi menghadap Ilahi di samping anak serta cucu tersayang. Betapa mereka adalah pasangan yang benar-benar dikategorikan sebagai sehidup semati.



*gambar tak ada kaitan dengan mereka yang diceritakan*

“Atok nak ikut Tok Mok pergi lepas ni..” Itulah kata-kata yang pernah diluahkan kepada salah seorang cucu lelakinya. Sungguh, dia tahu ajal yang semakin menghampirinya.

Selepas sahaja dikapan dan disembahyangkan, ahli keluarga diberi peluang untuk memberi penghormatan terakhir. Dek kerana terlalu ramai orang, aku hanya dapat memerhati dari hujung kaki jenazah sahaja. Tapi, aku masih sempat melihat seraut wajah yang terbujur di depan aku. Putih, berseri, dan bercahaya. Itu aja yang mampu aku katakan.

Aku pulang ke rumah atok aku selang 2 buah rumah dari rumah Atok sedaraku. (Di kampung aku, mereka yang tinggal di sana, semuanya ada pertalian darah yang rapat antara satu rumah dengan rumah yang lain)

Aku tunggu kaum lelaki pulang dari kubur. Ayat pertama yang keluar dari mulut ayah aku.

 “Muka arwah comel betul.Macam baby baru lahir” Sama seperti apa yang aku nampak.

Pak anjang aku pula balik. Pak Anjang aku selalunya akan volunteer dirinya untuk membuat kerja-kerja menggali kubur. Dan kali ni dia pula bersuara.

“dalam banyak-banyak kubur yang aku pernah gali, inilah kubur yang paling wangi yang pernah aku gali. Tak ada air yang bertakung di dalamnya. Tanahnya pulak nampak berkilat.”

Memang sepanjang hayatnya, selain menghabiskan masa dengan zikrullah, arwah sering ke surau untuk solat berjemaah. Tak pernah ditinggalkan rutin yang satu itu walaupun dalam keadaanya yang telah uzur. Senyuman tak pernah lekang dari wajahnya. Malah, setiap kali tibanya Hari Raya, tentu lawaknya yang kami akan dengar. Dan yang paling membuatkan aku terpegun. Sepanjang lebih 15 tahun si isteri terlantar sakit, si suami begitu setia menjaga dan bersabar dengan ujian hidupnya. Tak pernah sekali arwah merungut ketika menjaga isterinya. Satu ciri yang jarang nak nampak pada lelaki lain termasuklah pada atuk aku sendiri sewaktu arwah nenek aku sakit setahun lalu. Baru sekarang, dia rasa kehilangan nenek aku.


24 December 2010 ; 7.30 malam


Baru sahaja aku nak menunaikan Solat Maghrib, Mak usu aku menjerit

“Yan, azie meninggal.”

Aku tergamam. Dengan telekung di kepala aku terduduk. Berita ini lagi mengejutkan aku. Azi, dua pupu aku yang meninggal dunia kerana kemalangan dengan motosikal yang dibawanya dari Batu Pahat. Niat dia suci untuk menziarahi arwah Atok sedara kami yang meninggal. Tapi sebaliknya, belum sempat dia sampai di rumah, dia kemalangan  yang telah meragut nyawanya dalam perjalanannya ke hospital lebih kurang pukul 5.30 petang. Lebih memilukan gadis seusia aku itu menjadi mangsa langgar lari. Tergamak orang yang melanggar arwah membiarkan sekujur tubuh seorang gadis terlantar di atas jalan raya seorang diri. 

Terbayang zaman kecik-kecik kami yang suka main sama-sama bila semua orang balik ke kampung. Kau terlalu muda, Azi.

Aku kuatkan diri untuk menziarahnya. Saat aku lihat wajahnya yang lebam-lebam dan luka, air mata jatuh juga. Sungguh, aku tak sangka dia pergi dalam usia semuda ini. Terasa baru aja aku berbual dengan dia. Kat kampung tu, kami ada lagi 3 orang dua pupu yang sebaya. 2 daripadanya dah berkahwin.


“Yan, M dengan I dah kahwin. Tinggal aku, kau dengan H aja. Kau dengan H pun mesti tak lama lagi. Tinggallah aku sorang-sorang tak kahwin-kahwin.”

Itulah ayat terakhir arwah dengan aku. 


Saat dikapankan, aku sempat tengok emak arwah yang terduduk di tepi jenazah. Dengan suara yang tersekat-sekat, sempat lagi dia bercakap di sebelah jenazah,

“Azi, mak ampunkan kesalahan kau. Mak halalkan makan minum kau. Mak redha kau pergi nak.”


Ayat tu cukup untuk membuatkan semua tetamu yang hadir mengalirkan air mata. Emak mana yang tak sedih bila hati yang sepatutnya gembira hendak menyambut kepulangan anak yang dijaga selama 22 tahun pulang ke rumah, sebaliknya hanya jasadnya yang kaku sahaja yang sampai.


"Arwah pernah cerita, dia mimpi ada kat satu tempat yang cantik. dia pun tak mampu nak gambarkan macam mana cantiknya tempat tu waktu dia ceritakan", ni kata-kata arwah pada seorang rakannya di U. 


Azi, kau telah selamat di sana. Kau dan Tok adalah antara insan yang paling bertuah sebab pergi meninggalkan dunia pada hari yang cukup mulia, hari Jumaat. Semoga roh kalian sentiasa dicucuri rahmat.



2010 bakal tiba di penghujungnya. Ada gembira dan jugak duka. Gembira bila 2 orang kawan baik aku dah berumahtangga. Begitu jugak, 2 orang dua pupuku yang lain. Kakak aku jugak dah bertunang dan akan berkahwin tak lama lagi. 

Dalam gembira itu, terselit juga duka dengan berita-berita kematian sepanjang tahun 2010 ni. Bermula dari Pak cik aku. (abang kepada ayahku yang meninggal secara mengejut), dan kemudian Nenek sedaraku. 31/10/2010, nenek belah ayahku pula pergi menghadap Ilahi. Dan semalam Tok dan Azi juga pergi meninggalkan kami. Tak lupa juga buat 2 sahabat seusiaku yang telah pergi pada awal November hari tu.


Bila sudah tiba ajal, kita sebagai manusia tak akan mampu mengelak. Bila melihat sekujur tubuh di hadapanku tadi, aku sedar, ajal tetap akan menjemput tak kiralah usia muda atau tua. 

Buat mereka yang aku kasihi yang telah kembali kepadaNYA, aku doakan kalian tenang di sana. Semoga kalian ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan ditempatkan di Syurga di akhirat kelak. Al-Fatihah.



10 comments:

  1. Alfatihah.. My tears are running down heavily when I read this.. May Allah bless their kind soul.. Semoga mereka ditempatkan di tempat orang2 yang beriman disisiNya.. Amin Ya Rabbal alamin.. Banyakkan bersabar yer..

    ReplyDelete
  2. @ღEimaneelღ

    thanz 4 ur support my dear,
    really appreciate it..=)

    ReplyDelete
  3. @lynn angel

    Aminnn..
    Thanks lynn...
    I really apprecite ur support..=)

    ReplyDelete
  4. sedey lah yan..kite baca pun sedey.sabar k

    ReplyDelete
  5. Salam blogwalking & blog following yer.....
    i denga sukarelanya follow blog kamu untuk luaskan network blog...hehhehe

    hit me back ya klu sudi..... \^__^/

    ReplyDelete
  6. @Mr.IX

    thanz menjenguk blog cik yan..=)

    i'll hit u back..

    ReplyDelete
  7. al fatihha...be strong okea..:)

    ReplyDelete

Cicakman, kluangman, spiderman, superman
Dah bace jemputlah bagi comment