FOLLOWERS GIGIH

HARTA KARUN AHMAD ALBAB

Thursday, May 13, 2010

X-file #1 : Letupan itu Belum berlaku..

Mrs. Lesley Brennan sedang menonton televisyen pada pagi 1 Jun 1974 apabila tiba-tiba rancangan tersebut dihentikan seketika bafi memberi laluan untuk satu berita ringkas.

Berita itu mengungumumkan satu letupan telah menggegarkan kilang Flixborough Nypro, sebuah kilang kimia yang mengeluarkan bahan dalam pembuatan nilon. beberapa orang dilaporkan meninggal dunia.

Tengah hari itu, Mrs. Brennan dikunjungi oleh dua orang kawan. lantas wanita itu bertanya kepada kawan-kawannya itu, adakah mereka ada mendengar tentang letupan yang berlaku di kilang Flixborough Nypro? Kedua-duanya mengatakan tidak.

"Letupan itu besar. beberapa orang mati, takkan kamu tak tau? TV ada siarkan berita ringkas!!!"
Mrs. Brennan mengulangi pertanyaannya itu.

Tapi kedua-dua kawannya itu menafikan ada mendengar berita sedemikian. Memang betul mereka tidak mengetahuinya kerana letupan tersebut berlaku pada pukul 4.53 petang, bukannya pagi! Seramai 28 orang terkorban dalam letupan itu manakala sejumlah yang lain mengalami cedera parah.

Apabila mereka mendengar berita tersebut lewat petang itu, ketiga-tiga sahabat itu beranggapan pembaca berita telah melakukan kesilapan. bagaimanapun, apabila akhbar keesokan harinya menyiarkan waktu sebenar kejadian itu berlaku, mereka terpinga-pinga.

Brennan tidak dapat menjelaskan bagaimana kejadian itu boleh berlaku. ada yang menganggap dia terlelap semasa menonton TV dan ketika itulah dia bermimpi tentang berita letupan di kilang Flixborough Nypro. walaupun Mrs. Brennan menafikan dia terlelap, tapi satu fakta yang tidak boleh dinafikan ialah dia telah menceritakan kejadian letupan itu kepada dua sahabatnya beberapa jam sebelum kemalangan itu berlaku.



No comments:

Post a Comment

Cicakman, kluangman, spiderman, superman
Dah bace jemputlah bagi comment