FOLLOWERS GIGIH

HARTA KARUN AHMAD ALBAB

Friday, February 08, 2013

Fitrah kehidupan manusia

Assalamualaikum!

Bayangkan. Anda bersama sekumpulan rakan sedang menaiki bot menuju ke sebuah pulau.
Dalam pelayaran, anda menghadapi detik cemas apabila terserempak dengan sebuah bot karam. 

Daripada 12 orang penumpang kesemuanya, hanya tinggal 6 orang sahaja yang masih bernyawa dan sedang terapung-apung di permukaan laut. 

Jika kapasiti muatan bot anda hanya boleh dinaiki oleh seorang lagi penumpang, siapakah antara 6 orang penumpang bot karam berikut yang anda akan selamatkan?..

1. Seorang imam yang amanah
2. Seorang bapa mithali
3. Seorang ibu yang mengandung
4. Seorang warga tua yang menghidap penyakit
5. Seorang pemuda yang lalai
6. seorang wanita penzina
 


U'olls selalu tak dapat soalan jenis macam ni bila pergi kem motivasi ke kem kendiri or whatever pun jenis kem? Sure memang ramai yang pernah dengar situasi macam ni diajukan pada u'olls kan. So, apa jawapan u'olls bila orang tanya situasi macam ni atau pun satu hari nanti situasi macam ni betul-betul terjadi pada u'olls?

Aku tak berapa concern jawapan yang u'olls pilih tu sebab setiap orang punya fakta dan reason tersendiri. Kita tak boleh paksa orang untuk terima setiap idea yang kita keluarkan cuma dalam kes untuk meyakinkan orang lain haruslah ada fakta yang bernas.

Apa yang cuba aku nak share kat sini, siapa pun mereka yang kita cuba selamatkan, masing-masing ada kepentingan sendiri. Mungkin ramai yang tak akan pilih seorang wanita penzina untuk diselamatkan dengan alasan 'alah, dah berzina tu buat apa nak diselamatkan. Allah pun murka. Memang patut mati je!'

Jika wanita penzina ini atau pemuda yang lalai ini tak diselamatkan dan harus mati, adakah dia tak layak untuk diberi peluang supaya dia bertaubat atau sedar akan kesilapannya? 

Ini point aku sebenarnya. Siapa pun kita di bumi ni, jangan lebihkan kepentingan sendiri dari orang lain. Mungkin si polan 'A' akan berkata, "Kalau aku takda, mesti kau susah punya!" Yang si polan 'B' pula berkata, "Eleh, kalau aku takde, kau rasa kau boleh buat ke semua tu sorang diri?" Macam tu lah seterusnya.........

Jadi, di mana pun kita berada, kena ingat setiap orang ada kepentingan yang sama. Tak adil untuk kita menghukum sesama manusia sedangkan ALLAH menciptakan hamba-NYA dengan sifat yang cukup istimewa. Jadi, siapalah kita sebagai manusia untuk menghukum sesama manusia. 

Tamat sudah cerita. Sekarang i'olls nak sambung kerja. Bye!




No comments:

Post a Comment

Cicakman, kluangman, spiderman, superman
Dah bace jemputlah bagi comment