FOLLOWERS GIGIH

HARTA KARUN AHMAD ALBAB

Friday, November 23, 2012

Puasa 2 Hari dapat pahala plus dihapuskan dosa setahun yang lalu.

Assalamualaikum!

Salam Hari Jumaat. Dah lama tak update blog. Tiba-tiba rasa hari ni nak update walaupun hakikatnya tak tahu nak tulis apa.

Esok bersamaan 10 Muharram 1433H dalam calender Islam in which kita disunatkan untuk berpuasa Hari Asyura. Ada sesiapa yang dah bercadang dan berniat untuk puasa esok? Me? In shaa Allah. (Aku baru tahu sebenarnya kalau nak tulis In shaa Allah haruslah dieja begini. Bukan InsyaALLAH or InshaALLAH sebab itu membawa makna yang lain iaitu create ALLAH. Astaga!) 


 
Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Apabila Rasulullah S.A.W tiba di Madinah maka baginda telah melihat orang yahudi berpuasa pada hari kesepuluh (Muharram) maka baginda bertanya yang bermaksud : Apakah ini?. Maka jawab mereka : Ini merupakan hari yang baik yang mana pada hari inilah Allah SWT menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa berpuasa pada hari ini. Maka sabda baginda S.A.W : Maka aku lebih layak dengan nabi Musa daripada kamu maka baginda berpuasa pada hari ini. Dan baginda menyuruh untuk berpuasa pada hari ini. (Telah dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud)


Daripada Abdullah bin Ma’bad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa nabi s.A.W telah bersabda yang bermaksud : Berpuasa pada hari ‘Asyura (kesepuluh Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah SWT bahawa Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya. (Diriwayatkan oleh imam Tarmizi)


Daripada Ibnu Shihab daripada Hamid bin Abdul Rahman bahawa dia telah mendengar Mu’awiyah bin Abu Sufian berucap pada hari ‘Asyura tahun haji di atas mimbar : Wahai penduduk Madinah! Dimanakah ulama’ kamu? Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Ini adalah hari ‘Asyura dan Allah tidak mewajibkan ke atas kamu berpuasa. Aku berpuasa (pada hari ini) maka sesiapa yang mahu berpuasa berpuasalah dan sesiapa yang mahu (berbuka) maka berbukalah. (Dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud)




Subhanallah. Berpuasa selama 2 hari sahaja mampu menghapuskan dosa-dosa kita selama setahun. Betapa ALLAH itu Maha Pemurah kan. 

Bye!

Regards,

No comments:

Post a Comment

Cicakman, kluangman, spiderman, superman
Dah bace jemputlah bagi comment